AGENDA

Rakyat Malaysia diminta waspada susulan kebakaran hutan di Brazil

26 Ogos 2024, 1:30 PM
Rakyat Malaysia diminta waspada susulan kebakaran hutan di Brazil

PUTRAJAYA, 26 OGOS: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas akibat kebakaran hutan di Sao Paulo, Brazil, digesa berwaspada dan mematuhi garis panduan dan arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar dalam nasihat media hari ini berkata kedutaan Malaysia di Brasilia, Brazil, sedang giat memantau keadaan, yang telah memberi kesan teruk kepada negeri itu, dengan asap tebal merebak di sebahagian besar kawasan berkenaan.

Menurutnya pihak berkuasa Sao Paolo mengisytiharkan darurat di 45 majlis perbandaran.

"Kementerian akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan memberikan maklumat terkini apabila perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas," katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan Malaysia di Brasilia di SHIS QI 05, Chácara 62, Lago Sul, CEP: 71615-904, Brasília - DF, Brasilia, Brazil, atau menghubungi kedutaan melalui telefon di + 55 61 3248 5008 / + 55 61 3248 6215 atau e-mel di mwbrasilia@kln.gov.my / br.cons@kln.gov.my.

Agensi Akhbar Jerman (dpa), dalam laporan terdahulu dari Rio de Janeiro hari ini, memetik pihak berkuasa mengatakan lebih 15,000 anggota bomba profesional dan sukarelawan, disokong oleh pesawat tentera, sedang memadamkan kebakaran dan dua individu ditangkap melakukan pembakaran itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619