AGENDA

Lelaki cedera ditembak individu naiki MPV di luar restoran

26 Ogos 2024, 12:35 AM
Lelaki cedera ditembak individu naiki MPV di luar restoran

SHAH ALAM, 26 OGOS: Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai ditembak seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih berdekatan restoran berkenaan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila MPV berkenaan berhenti berdekatan restoran sebelum lelaki tersebut turun dari kenderaan lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah individu yang duduk di luar restoran.

“Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cha berkata mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan berada dalam keadaan stabil.

Cha berkata siasatan di tempat kejadian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai enam kelongsong peluru, satu anak peluru selain terdapat kesan tembakan pada kerusi dan dinding restoran.

Beliau berkata polis kini giat memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 untuk membantu siasatan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619