AGENSI

JKNS siasat dakwaan pengalaman ngeri wanita bersalin di hospital kerajaan

24 Ogos 2024, 11:48 AM
JKNS siasat dakwaan pengalaman ngeri wanita bersalin di hospital kerajaan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menyiasat dakwaan pengalaman ngeri seorang wanita menjalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

JKNS dalam kenyataan memaklumkan buat masa ini pihaknya sedang meneliti pengurusan pesakit berkenaan sepanjang tempoh rawatan semasa berada di hospital tersebut.

"Pihak hospital akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mengaturkan sesi pertemuan bersama pesakit dalam masa terdekat," menurut kenyataan tersebut.

JKNS dalam kenyataan sama turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada hospital bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum ini tular di media sosial menerusi video bertajuk 'Pengalaman bersalin CZER di Hospital Kerajaan paling ngeri 2024' yang mendakwa telah berlaku kecuaian oleh pihak petugas kesihatan ketika prosedur berkenaan berlangsung sehingga menjejaskan fungsi badannya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619