PBT

Tayangan skrin besar Piala FA di Dataran Shah Alam, orang ramai dijemput hadir

24 Ogos 2024, 9:33 AM
Tayangan skrin besar Piala FA di Dataran Shah Alam, orang ramai dijemput hadir
Tayangan skrin besar Piala FA di Dataran Shah Alam, orang ramai dijemput hadir

SHAH ALAM, 24 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan tayangan skrin besar Piala FA antara Selangor FC (SFC) dengan Johor Darul Takzim FC (JDTFC) di Dataran Shah Alam.

Justeru, orang ramai dijemput menyaksikan siaran langsung perlawanan peringkat akhir berkenaan bermula jam 9 malam ini.

"Warga Selangor dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada Pasukan Selangor FC. Ayuh sama-sama menyaksikannya!" maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Terdahulu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Beliau turut menyeru seluruh penyokong untuk membanjiri stadium dan menjadi pemain ke-12, yang memberikan sokongan tanpa henti bagi membangkitkan semangat perjuangan pemain The Red Giants.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Selangor FC merangkul piala berprestij itu pada 2009, manakala kali terakhir mara ke pentas final Piala FA pada 2018.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619