AGENDA

MB mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA

24 Ogos 2024, 9:00 AM
MB mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA

SHAH ALAM, 24 OGOS: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Beliau turut menyeru seluruh penyokong untuk membanjiri stadium dan menjadi pemain ke-12, yang memberikan sokongan tanpa henti bagi membangkitkan semangat perjuangan pemain The Red Giants.

Amirudin berkata beliau telah bertemu dan berkongsi amanat dengan pemain, serta pengurusan pasukan dan yakin kejayaan boleh diraih.

“Saya tidak dapat bersama pasukan di Stadium Bukit Jalil malam ini, kerana perlu berada di Kuching bagi acara penutup Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Insya-Allah, doa dan sokongan saya sentiasa bersama Selangor FC di mana sahaja saya berada. All the best Red Giants, selamat berjuang dan berjaya untuk merangkul Piala FA,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial miliknya hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Selangor FC merangkul piala berprestij itu pada 2009, manakala kali terakhir mara ke pentas final Piala FA pada 2018.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619