AGENDA

Akhir Piala FA: Polis pantau provokasi di stadium, media sosial

24 Ogos 2024, 5:28 AM
Akhir Piala FA: Polis pantau provokasi di stadium, media sosial

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau penyokong yang cuba menimbulkan provokasi menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, termasuk di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pemantauan media sosial adalah langkah tambahan yang diambil, selain penugasan lebih 2,400 anggota yang akan membuat kawalan di dalam dan luar stadium bagi perlawanan membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

“Penyokong dan penonton diharap bersabar dan jangan timbulkan provokasi tidak kira di dalam stadium mahu pun di media sosial, kerana kita akan membuat pemantauan.

“Ingatan ini kepada semua penyokong tidak kira penyokong dari Johor, Selangor atau penyokong dari negeri-negeri lain, yang akan menonton perlawanan pada malam ini,” katanya kepada pemberita awal pagi tadi.

Rabu lepas, Bernama melaporkan pemeriksaan akan dilakukan terhadap penyokong sebelum dan selepas memasuki stadium, bagi mengelakkan barangan larangan dibawa masuk dan lencongan serta penutupan jalan akan dilakukan di sekitar stadium bagi memastikan kelancaran trafik.

Polis turut menjangkakan seramai 85,000 penyokong akan hadir ke stadium untuk menonton perlawanan malam ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619