AGENDA

Piala FA: MetMalaysia ramal hujan lebat sebelah petang, malam tiada hujan

23 Ogos 2024, 12:48 PM
Piala FA: MetMalaysia ramal hujan lebat sebelah petang, malam tiada hujan

SHAH ALAM, 23 OGOS: Hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang esok menjelang aksi akhir Piala FA antara Selangor FC dan ohor Darul Ta’zim (JDT).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook bagaimanapun meramalkan cuaca pada sebelah malam tiada hujan.

“Selamat bergelar juara kepada pasukan JDT dan Selangor FC yang akan berentap di pentas akhir Piala FA esok. Diharapkan perlawanan akhir ini berlangsung dengan lancar,” ucapnya dalam kiriman sama.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, perlawanan akhir Piala FA antara Selangor FC dan JDT dijadual berlangsung pada 9 malam, esok.

Selangor FC melangkah masuk ke perlawanan akhir selepas menewaskan Terengganu FC dengan agregat 6-4, manakala JDT mara selepas mengatasi Kedah Darul Aman dengan agregat 5-1.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata seramai 2,488 pegawai dan anggota akan ditugaskan semasa perlawanan akhir itu bagi kelancaran lalu lintas dan mengelak kekecohan dengan jangkaan lebih 85,000 penonton membanjiri stadium.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619