AGENDA

Piala FA: Penyokong Selangor, JDT diseru tunjuk semangat kesukanan

22 Ogos 2024, 1:02 PM
Piala FA: Penyokong Selangor, JDT diseru tunjuk semangat kesukanan
Piala FA: Penyokong Selangor, JDT diseru tunjuk semangat kesukanan

PUCHONG, 22 OGOS: Penonton perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini diseru menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata beliau turut berharap cuaca menyebelahi pertandingan istimewa antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

“Saya harap cuaca yang baik sepanjang perlawanan pada malam itu dan ia berjalan lancar. Saya juga harap penonton akan tunjuk semangat kesukanan yang tinggi.

“Saya tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri majlis penutup Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tetapi timbalan (Adam Adli) saya akan hadir,” katanya pada sidang media.

[caption id="attachment_659409" align="aligncenter" width="699"] Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika berucap pada majlis penyerahan kenderaan Chery kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris di pusat jualan Chery di Bukit Puchong pada 22 Ogos 2024. Foto HARUN FADZILLAH MOHD TAJUDIN//MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau ditemui pada majlis penyerahan kenderaan Chery kepada pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris di pusat jualan Chery di Bukit Puchong di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dilapor berkata hampir 2,500 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2024/2025.

Menurutnya, jumlah anggota polis yang bertugas ditambah berbanding hanya 1,500 anggota pada perlawanan sama tahun lalu bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Beliau turut memberi amaran kepada lebih 85,000 penonton yang dijangka membanjiri stadium berkenaan supaya tidak melakukan sebarang tindakan provokasi melampau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619