SELANGOR

Sultan berkenan lantik Tengku Amir sebagai Pro Canselor UPM

21 Ogos 2024, 3:01 AM
Sultan berkenan lantik Tengku Amir sebagai Pro Canselor UPM

SHAH ALAM, 21 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan melantik semula Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor sebagai Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Tuanku Canselor universiti berkenaan melantik Tengku Amir Shah untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 18 Oktober hingga 17 Oktober 2027.

"Turut dilantik semula sebagai Pro Canselor adalah Profesor Emeritus Dato’ Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie.

"Dalam majlis sama Baginda berkenan melantik mantan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Tan Sri Peter Chin Fah Kui sebagai Pro Canselor UPM yang baharu," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Majlis berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini semalam. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPM Dato’ Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619