ADN

Balai bomba bakal dibina di Dusun Tua, penuhi keperluan penduduk

20 Ogos 2024, 12:56 PM
Balai bomba bakal dibina di Dusun Tua, penuhi keperluan penduduk

Oleh DEWI ABDUL RAHMAN

SHAH ALAM, 20 OGOS: Sebuah balai bomba bakal dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua.

Wakil rakyatnya berkata ia bagi menampung kes kecemasan selain memudahkan khidmat bantuan disalurkan kepada penduduk kawasan itu.

"Kawasan Dusun Tua masih belum ada kemudahan balai bomba. Bomba datang dari Bangi, Kajang dan tempat lain sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.

"Alhamdulillah sebuah tapak bomba sudah digazetkan," kata Datuk Johan Abdul Aziz.

Johan berkata pembinaan balai bomba berkenaan menjadi keperluan mendesak kerana jarak balai bomba terdekat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk tiba ke kawasan Dusun Tua.

"Dengan adanya kemudahan itu di lokasi berdekatan, akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih cepat," katanya ketika siaran langsung program audio siar Apa Cer YB Musim 2 di Media Selangor hari ini.

Selain balai bomba, beliau turut memaklumkan tentang perancangan untuk membina sekolah atas tapak baharu bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di DUN itu.

"Selain balai bomba, infrastruktur lain seperti sekolah juga bakal dibina atas tapak baharu bagi menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.

"Alhamdulillah, tanah seluas 140 ekar bakal dibangunkan berhampiran Sungai Tekali, Hulu Langat dan pemaju bersetuju membina kemudahan seperti diminta," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619