PBT

Lapor pelbagai isu kepada MBSJ hanya menerusi WhatsApp

20 Ogos 2024, 1:20 AM
Lapor pelbagai isu kepada MBSJ hanya menerusi WhatsApp
Lapor pelbagai isu kepada MBSJ hanya menerusi WhatsApp

SHAH ALAM, 20 OGOS: Orang awam kini boleh melaporkan sebarang aduan atau laporan secara terus kepada jabatan dalaman Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerusi WhatsApp.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan perkhidmatan itu beroperasi pada hari bekerja bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Bermula pada 19 Ogos komuniti bandar raya dan orang ramai boleh menghubungi jabatan dalaman MBSJ secara terus melalui aplikasi WhatsApp dengan menghantar mesej pada nombor yang tertera,” katanya.

Memetik laporan The Star baru-baru ini. Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Amirul Azizan Abd Rahim mahu mewujudkan saluran WhatsApp bagi memudahkan orang ramai melapor aduan secara terus kepada jabatannya.

"Ia akan berfungsi untuk menghubungkan penduduk dengan lebih cepat kepada PBT. Sebagai contoh, aduan mengenai jalan berlubang akan ditujukan kepada Jabatan Kejuruteraan.

“Penduduk perlu mengambil gambar dan menghantar lokasi tepat melalui WhatsApp bagi membolehkan MBSJ membuat tindakan susulan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619