ad
AGENSI

Jualan murah bantu orang ramai berjimat, barangan asas ditawarkan berkualiti

19 Ogos 2024, 8:44 AM
Jualan murah bantu orang ramai berjimat, barangan asas ditawarkan berkualiti
Jualan murah bantu orang ramai berjimat, barangan asas ditawarkan berkualiti
Jualan murah bantu orang ramai berjimat, barangan asas ditawarkan berkualiti
Jualan murah bantu orang ramai berjimat, barangan asas ditawarkan berkualiti

KLANG, 19 OGOS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Kerajaan Negeri sangat membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah dan berkualiti.

Pengunjung JER S Janiti, 52, berkata beliau membeli ayam, tepung, beras dan beberapa barangan asas lain dengan jumlah bayaran tidak melebihi RM100.

“Sangat murah berbanding di pasaran luar, saya juga kerap beli beras di sini sebab selain harganya murah ia juga berkualiti.

[caption id="attachment_658627" align="alignleft" width="372"] Pengunjung JER S Janiti, 52, ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Sentosa di Pangsapuri Kos Rendah Bandar Botanik di Klang pada 19 Ogos 2024. Foto SHEEDAFATHIL/MEDIASELANGOR[/caption]

“Saya harap Kerajaan Negeri meneruskan jualan ini dan memperbanyak lagi lokasi dalam satu-satu masa kerana ia membantu rakyat terutama B40,” katanya ketika ditemui di JER DUN Sentosa di Pangsapuri Kos Rendah Bandar Botanik di sini hari ini.

Selain itu, Hasim Zahari, 53, yang kali pertama ke JER teruja dengan harga ditawarkan dan berharap ia diteruskan pada masa akan datang.

“Saya tahu daripada rakan (berkaitan JER) dan hari ini ambil kesempatan sekejap untuk pergi kebetulan dianjurkan berhampiran rumah.

“Hari ini belanja sekitar RM50 lebih dapat ayam, beras, ikan, gula, biskut. Alhamdulillah, terima kasih Kerajaan Negeri prihatin dengan rakyat,” katanya.

[caption id="attachment_658628" align="alignright" width="363"] Pengunjung JER Hasim Zahari, 53, ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Sentosa di Pangsapuri Kos Rendah Bandar Botanik di Klang pada 19 Ogos 2024. Foto SHEEDAFATHIL/MEDIASELANGOR[/caption]

Sementara itu Norziah Nin, 35, berkata beliau kerap mengunjungi JER dan mengikuti laman Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hanya kerana ingin tahu lokasi jualan itu setiap hari.

“Kalau berhampiran dengan rumah memang saya pergi sebab barangannya bukan sahaja murah tetapi berkualiti,” katanya.

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

[caption id="attachment_658629" align="alignleft" width="328"] Pengunjung JER Norziah Nin, 35, ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah (JER) DUN Sentosa di Pangsapuri Kos Rendah Bandar Botanik di Klang pada 19 Ogos 2024. Foto SHEEDAFATHIL/MEDIASELANGOR[/caption]

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.