AGENDA

Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri Rozaid Rahman meninggal dunia

18 Ogos 2024, 1:38 PM
Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri Rozaid Rahman meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Rozaid Abdul Rahman meninggal dunia petang tadi di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini akibat masalah jantung.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO mengesahkan pemergian bekas Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian itu dalam kenyataan di sini hari ini.

"Allahyarham yang berusia 58 tahun sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, sejak 1 Julai lepas dan dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lepas.

"Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan dan diampunkan segala dosa Allahyarham serta diberi tempat istimewa di sisiNya," menurut kenyataan itu.

Rozaid berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun dan memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Wartawan veteran itu juga pernah menyandang jawatan Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star selain pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ketika itu Menteri Pengajian Tinggi.

Allahyarham kemudian berkhidmat di Sinar Harian pada 4 Januari 2021 sebelum mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan pada 30 Disember 2022.

Rozaid dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619