AGENDA

Sepak takraw Piala Raja Thailand: Malaysia diundi kumpulan bersama China, Laos

16 Ogos 2024, 12:38 PM
Sepak takraw Piala Raja Thailand: Malaysia diundi kumpulan bersama China, Laos

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama China dan Laos bagi saingan acara berpasukan lelaki premier pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-37, di Korat, bulan depan.

Majlis undian dijalankan di Bangkok hari ini menyaksikan tuan rumah Thailand yang juga juara bertahan, akan menentang India dan Jepun dalam Kumpulan A.

Kumpulan B melibatkan persaingan di antara Myanmar, Kemboja dan Brunei manakala Korea Selatan, Indonesia dan Vietnam diletakkan dalam Kumpulan D.

Saingan berpasukan wanita premier menyaksikan skuad kebangsaan perlu melepasi halangan Thailand, China dan Myanmar dalam Kumpulan A dan Kumpulan B pula membariskan Vietnam, Korea Selatan, Kemboja, Jepun dan India.

Dalam pada itu, skuad kebangsaan akan berdepan India, China, Singapura dan Brunei bagi acara regu lelaki premier.

Bagi acara kuadran bercampuran premier, Malaysia diundi dalam Kumpulan A dengan India, Laos dan Vietnam manakala Kumpulan B pula disertai Jepun, Myanmar, Kemboja dan Thailand.

Malaysia yang menghantar hanya skuad wanita bagi acara kuadran akan dicabar Vietnam, Laos, China dan Kemboja dalam Kumpulan A untuk saingan premier manakala Kumpulan B menampilkan Myanmar, India, Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Kejohanan berlangsung dari 1 hingga 8 Sept itu mencatat sejarah penyertaan terbesar dengan penampilan 555 pemain terdiri daripada 341 lelaki dan 214 wanita.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619