AGENDA

Polis: Barang Nidza Afham tidak hilang, henti sebar spekulasi

16 Ogos 2024, 10:25 AM
Polis: Barang Nidza Afham tidak hilang, henti sebar spekulasi

SHAH ALAM, 16 OGOS: Polis menafikan berlaku kehilangan dokumen atau barang milik Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar seperti yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis (KP) Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan daripada keluarga Muhammad Nidza Afham berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak betul serta tidak dipastikan kesahihannya.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen secara melampau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, mayat penyanyi dan pempengaruh berusia 23 tahun itu yang ditemukan di Sungai Klang menimbulkan spekulasi bahawa terdapat unsur jenayah menimpa Allahyarham.

Dalam hal itu, keluarga Allahyarham Muhammad Nidza Afham dilaporkan meminta orang ramai termasuk media menjaga sensitiviti dan perasaan mereka semasa mengulas kejadian itu.

Semalam, KP Selangor mengesahkan bahawa hasil awal bedah siasat dijalankan ke atas mayat Muhammad Nidza Afham mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal dengan siasatan diteruskan sebagai mati mengejut (SDR).

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619