AGENDA

Polis tahan lapan suspek bunuh pekerja cuci kereta, tetak pengawal keselamatan

16 Ogos 2024, 9:01 AM
Polis tahan lapan suspek bunuh pekerja cuci kereta, tetak pengawal keselamatan

SUNGAI PETANI, 16 OGOS: Seramai lapan lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pekerja cuci kereta dan seorang pengawal keselamatan yang cedera parah selepas diserang sekumpulan individu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kesemua mereka berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu ditahan di sekitar bandar Sungai Petani.

Beliau berkata enam lelaki ditahan dan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian pekerja cuci kereta berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Manakala bagi kes mendatangkan cedera parah seorang lagi mangsa yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dua lelaki direman selama empat hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.20 pagi semalam di Bedong dekat sini, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20-an dilaporkan mengalami kecederaan akibat tetakan pada kepala dan anggota badan selepas diserang sekumpulan individu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619