AGENDA

Dua maut, empat cedera kereta rempuh jengkaut

14 Ogos 2024, 4:18 AM
Dua maut, empat cedera kereta rempuh jengkaut

SEREMBAN, 14 OGOS: Dua maut, empat cedera apabila kereta dinaiki mereka merempuh jengkaut yang sedang membantu kerja pemasangan kabel di persimpangan lampu isyarat Kampung Gelam, Port Dickson, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata yang maut dalam kejadian 1.45 pagi itu ialah pemandu lelaki berumur 24 tahun dan penumpang wanita yang merupakan pelajar kolej berusia 18 tahun.

Beliau berkata empat lagi penumpang yang berumur lingkungan 16 hingga 19 tahun cedera manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aidi Sham berkata berdasarkan siasatan awal kejadian berlaku ketika kereta dari arah Port Dickson menghala ke Seremban cuba mengelak ‘kon’ di jalan berkenaan semasa tiba di lokasi, menyebabkannya terbabas dan merempuh jengkaut yang sedang menggali lubang untuk pemasangan kabel bawah tanah.

"Akibat pelanggaran pemandu serta penumpang kereta itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-6472222.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619