AGENDA

Bot bawa 30 pendatang tanpa izin hanyut lapan hari akibat rosak

12 Ogos 2024, 2:46 PM
Bot bawa 30 pendatang tanpa izin hanyut lapan hari akibat rosak

IPOH, 12 OGOS: Polis menahan sebuah bot yang hanyut bersama 30 pendatang tanpa izin warga Indonesia, kira-kira 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari di Perairan Manjung, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat daripada Polis Marin yang menahan sebuah bot kayu jenis pom-pom pada 8.34 malam.

"Setelah menahan bot itu, pihak Polis Marin membuat pemeriksaan dan menahan seorang tekong bot dan 29 individu termasuk lima wanita warga Indonesia kerana disyaki masuk ke negara ini tanpa pas perjalanan sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kesemua warga asing itu dipercayai berkumpul di sekitar Sabak Bernam, Selangor sebelum menaiki bot berkenaan pada 3 Ogos lalu.

Menurut Mohamed Nordin, bot itu mengalami kerosakan menyebabkannya hanyut kira-kira lapan hari sebelum dikesan Polis Marin.

Kes disiasat di bawah Sekysen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1959.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619