AGENSI

DUN Hulu Kelang terima 1,200 permohonan BINGKAS, giat hebah inisiatif negeri

12 Ogos 2024, 11:10 AM
DUN Hulu Kelang terima 1,200 permohonan BINGKAS, giat hebah inisiatif negeri
DUN Hulu Kelang terima 1,200 permohonan BINGKAS, giat hebah inisiatif negeri

SHAH ALAM, 12 OGOS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang menerima lebih 1,200 permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sejak dibuka Julai lalu.

Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli berkata pihaknya kini giat menjalankan saringan bagi mengisi 480 kuota ditetapkan.

“Setakat minggu lalu, kita telah luluskan separuh daripada kuota yang diberikan untuk DUN Hulu Kelang dan saringan diperketat supaya utamakan benar-benar layak.

“Bagaimanapun, bantuan keperluan lain selain BINGKAS seperti agihan bakul makanan diteruskan untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_623386" align="alignleft" width="414"] Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli bercakap kepada media ketika Program Serahan Baucar SMUE/SMIS DUN Hulu Kelang di Taman Permata, Ampang Jaya pada 13 Januari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas lanjut, Juwairiya memaklumkan pejabatnya mempergiat usaha hebahan inisiatif Kerajaan Negeri yang lain ke peringkat komuniti.

“Kita dapati ada beberapa bantuan lain kurang mendapat sambutan seperti Skim Air Darul Ehsan (SADE) dan program Iltizam Sihat Selangor (ISS),” katanya.

Pada 5 Julai, EXCO Kebajikan Anfaal Saari mengumumkan syarat permohonan BINGKAS dilonggarkan kepada isi rumah bawah RM5,000 berbanding RM3,000 sebelum ini bagi memastikan lebih ramai menerima manfaat.

Menurutnya, bantuan RM300 sebulan selama 24 bulan boleh dimohon sehingga 15 Ogos menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau laman sesawang www.bingkasselangor.com.

BINGKAS merupakan sebahagian daripada 46 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan 2022, menggantikan skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal).

Bayaran bantuan berkenaan diagih menerusi aplikasi e-dompet SELangkah bagi memudahkan penerima berbelanja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619