AGENDA

Terima rasuah penyeludup rokok, SPRM tahan tiga pegawai penguat kuasa

11 Ogos 2024, 3:27 PM
Terima rasuah penyeludup rokok, SPRM tahan tiga pegawai penguat kuasa

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di Sabah kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Menurut sumber ketiga-tiga lelaki berusia 30 hingga 40-an itu ditahan kira-kira 4 petang hingga 11 malam tadi dalam operasi dijalankan SPRM Sabah di pekan Keningau.

“Tangkapan melibatkan dua daripada pegawai penguat kuasa tersebut adalah susulan daripada tangkapan (ke atas) seorang pegawai penguat kuasa berkaitan kes sama iaitu disyaki meminta rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang penyeludupan yang telah ditahan oleh jabatan itu.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai melakukan perbuatan itu baru-baru ini (Ogos 2024),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber memaklumkan kesemua suspek direman lima hari hingga 16 Ogos dan reman dibenarkan Majistret Aslianlydia Asneh selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619