AGENDA

Polis buru suspek tikam jurujual, guru besar di tandas surau

11 Ogos 2024, 9:48 AM
Polis buru suspek tikam jurujual, guru besar di tandas surau

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas, kini dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar ketika dihubungi Bernama hari ini berkata suspek dipercayai warga tempatan berusia lewat 40-an.

“Polis sedang berusaha memburu suspek yang sudah dikenal pasti itu. Kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek,” katanya.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki berkenaan.

Setakat ini tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619