AGENSI

Infrasel baiki jalan rosak di tiga lokasi selepas 24 jam terima aduan

9 Ogos 2024, 4:00 AM
Infrasel baiki jalan rosak di tiga lokasi selepas 24 jam terima aduan

SHAH ALAM, 9 OGOS: Beberapa jalan dan lampu isyarat rosak siap dibaiki syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) selepas 24 jam menerima aduan orang ramai di laman X.

Infrasel memaklumkan, pihaknya siap menurap jalan rosak di Jalan Khamis dan Jalan Belimbing, Meru, Klang masing-masing pada Isnin dan 2 Ogos lalu.

Turut siap diturap ialah laluan rosak di Jalan 2D dan 4D Kampung Baru Subang pada 24 Julai selain membaiki lampu isyarat rosak di Kota Warisan Sepang pada 2 Ogos.

“Teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di X bersama hashtag #INFRASEL #NamaJalan #Daerah,” menurut agensi tu di laman X.

Infrasel diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor demi keselesaan pengguna.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata Projek Turapan Mega diteruskan tahun ini melibatkan peruntukan RM20 juta bagi memastikan jalan dalam keadaan baik sekali gus menjamin keselamatan pengguna.

Menerusi peruntukan tambahan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) itu, projek melibatkan semua laluan termasuk jalan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kampung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619