AGENDA

Olimpik Paris: Nur Dhabitah mara ke pusingan akhir acara 3m papan anjal

8 Ogos 2024, 10:05 AM
Olimpik Paris: Nur Dhabitah mara ke pusingan akhir acara 3m papan anjal

PARIS, 8 OGOS: Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri mengesahkan tempat ke final acara 3 meter (m) papan anjal wanita di Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini.

Pada saingan separuh akhir di Olympics Aquatic Centre, Nur Dhabitah menamatkan saingan di tempat kelapan dengan keseluruhan 286.95 mata untuk melangkah ke final yang akan berlangsung pada 3 petang, Jumaat waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

Atlet berusia 25 tahun itu bermula dengan baik untuk menduduki tangga kedua selepas mengutip 67.50 mata pada terjunan pertamanya.

Bagaimanapun, momentum terjunannya sedikit terjejas pada terjunan kedua dan ketiga dengan mencatatkan masing-masing 55.50 dan 46.50 mata.

Nur Dhabitah yang membuat penampilan ketiganya di Olimpik kali ini menerusi lebihan kuota tidak digunakan atlet negara lain, kemudiannya bangkit pada dua terjunan terakhir dengan masing-masing 57.00 dan 60.45 mata untuk mengesahkan slot ke final.

Hanya 12 penerjun layak meneruskan saingan di pusingan akhir.

Penerjun China, Chen Yiwen mendominasi saingan dengan mengumpul 360.85 mata diikuti Kenny Maddison dari Australia di tempat kedua (334.70) dan Chiara Pellacani dari Itali (314.75) ketiga.

Semalam, Nur Dhabitah berjaya menempatkan diri dalam 18 penerjun terbaik untuk mara ke separuh akhir selepas menduduki tangga ke-12 dengan mengumpul 283.65 mata.

BERITA MENYUSUL...

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619