AGENDA

Pengasuh direman enam hari bantu kes kematian kanak-kanak perempuan dua tahun

8 Ogos 2024, 7:35 AM
Pengasuh direman enam hari bantu kes kematian kanak-kanak perempuan dua tahun

IPOH, 8 OGOS: Pengasuh yang ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun direman enam hari bermula hari ini hingga 13 Ogos.

Perintah reman terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi selepas menerima permohonan pihak polis.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan malam tadi dilaporkan berkata wanita itu ditahan petang semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Polis menerima laporan daripada bapa kanak-kanak itu kira-kira 7.20 malam Isnin lalu setelah mendapati mangsa tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh di lantai di rumah pengasuhnya di sini.

Kanak-kanak itu yang dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pediatrik kira-kira 11.10 malam Selasa.

Bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada kepala akibat trauma tumpul.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619