AGENDA

Sambutan Hari Kebangsaan: 80 bas ulang-alik, lebih 7,600 parkir disedia

8 Ogos 2024, 3:00 AM
Sambutan Hari Kebangsaan: 80 bas ulang-alik, lebih 7,600 parkir disedia

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Lebih 7,600 tempat letak kereta disediakan untuk kemudahan orang awam sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Selain itu, 80 perkhidmatan bas ulang-alik turut disediakan mengikut poster yang dimuat naik di laman sosial maklumat hibur berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Merdeka 360.

Turut disediakan sebanyak 8,000 tempat duduk awam bertingkat dan 40 trak makanan.

Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dengan tema 'Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' bermula 7 pagi yang akan diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antara pengisiannya termasuk persembahan formasi brasben, perarakan aset pasukan keselamatan dan kereta berhias serta persembahan udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Persembahan kesenian Malaysia MADANI dan grafik manusia serta tempur tanpa senjata juga akan dipertontonkan.

Orang ramai boleh melayari http://www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619