AGENDA

Minggu Saham Amanah Malaysia mula 22 Ogos, tawar hadiah cecah RM1 juta

7 Ogos 2024, 8:53 AM
Minggu Saham Amanah Malaysia mula 22 Ogos, tawar hadiah cecah RM1 juta
Minggu Saham Amanah Malaysia mula 22 Ogos, tawar hadiah cecah RM1 juta
Minggu Saham Amanah Malaysia mula 22 Ogos, tawar hadiah cecah RM1 juta

SHAH ALAM, 7 OGOS: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM1 juta kepada pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) bermula 22 Ogos hingga 25 Ogos ini.

Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata hadiah utama ialah sebuah unit apartment servis di Serasi Residences, Putra Heights dan kereta elektrik (EV) BYD Dolphin Standard tajaan Sime Darby.

Hadiah ketiga dan keempat pula Perodua Axia 1.0L AV dan Perodua Ativa 1.0L Turbo AV tajaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

[caption id="attachment_656579" align="aligncenter" width="689"] Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (tengah) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Datuk Abdul Rahman Ahmad bergambar bersama rakan korporat MSAM 2024 pada Mailis Jalinan Rakan Korporat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 7 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, karnival literasi kewangan tahunan terbesar negara itu membawa tema 'Kukuhkan Hidup Anda di MSAM'.

“Meneruskan inisiatif kami dari tahun sebelumnya, elemen STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik akan menjadi tumpuan bagi memberi inspirasi kepada golongan muda,” katanya ketika berucap.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Jalinan Rakan Korporat sekali gus mengumumkan sembilan rakan korporat MSAM 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di sini, hari ini.

[caption id="attachment_656577" align="aligncenter" width="673"] Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (kiri) diringi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Datuk Abdul Rahman Ahmad (kanan) bergambar bersama rakan korporat pada Mailis Jalinan Rakan Korporat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada 7 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Acara empat hari yang bermula Khamis itu akan disertai 50 gerai pempamer terdiri daripada syarikat Kumpulan PNB, bank, badan kawal selia dan agensi Kerajaan Negeri.

Raja Arshad berkata, MSAM 2024 membawa lebih banyak aktiviti menyeronokkan termasuk Festival Muzik Mini, Karnival Makanan Mini (Maybank Islamic MAE-Dan Selera) dan Festival Auto.

Selain itu, katanya, PNB menganjur program literasi kewangan lain seperti Sembang-Sembang ASNB, Kuiz Pelaburan PNB, Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB), Fiesta Labur PNB @ Home dan Ramah Mesra ASNB.

“Pengunjung juga boleh mempelajari bagaimana pulangan yang diperoleh melalui pelaburan dalam syarikat-syarikat strategik ini diagihkan semula kepada pemegang unit dalam bentuk agihan pendapatan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi MSAM https://www.pnb.com.my/msam/ dan platform media sosial rasmi MSAM di Instagram: minggusahamdigital dan Facebook: Minggu Saham Amanah Malaysia.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619