AGENDA

Jemaah Menteri ucap tahniah kejayaan Zii Jia, Aaron Chia, Wooi Yik di Olimpik Paris

7 Ogos 2024, 8:20 AM
Jemaah Menteri ucap tahniah kejayaan Zii Jia, Aaron Chia, Wooi Yik di Olimpik Paris
Jemaah Menteri ucap tahniah kejayaan Zii Jia, Aaron Chia, Wooi Yik di Olimpik Paris
Jemaah Menteri ucap tahniah kejayaan Zii Jia, Aaron Chia, Wooi Yik di Olimpik Paris

PUTRAJAYA, 7 OGOS: Jemaah Menteri hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia, dan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik di atas kejayaan mereka mengharumkan nama negara di pentas sukan Olimpik Paris 2024.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, dalam sidang media Mingguan Kabinet, di sini hari ini.

“Mereka telah memenangi pingat gangsa. Terima kasih juga kepada semua atlet yang telah dan akan berjuang demi nama Malaysia.

“Kita doakan mereka yang akan berjuang dan bertanding, dapat menunjukkan prestasi yang terbaik, Insya-Allah,” katanya.

[caption id="attachment_656367" align="aligncenter" width="792"] Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia menerima pingat gangsa dalam acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, di Arena Porte De La Chapelle pada 5 Ogos 2024. Foto BERNAMA[/caption]

Pada Isnin lepas, Zii Jia menyumbang pingat gangsa kedua Malaysia selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Lakshya Sen dari India dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11 dalam pertarungan mendebarkan berlangsung selama 71 minit di Porte de La Chapelle Arena.

Sehari sebelum itu, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama Malaysia di Paris 2024 selepas melakukan kebangkitan luar biasa untuk mengatasi pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 dalam penentuan pingat gangsa.

[caption id="attachment_656134" align="aligncenter" width="772"] Beregu lelaki badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika majlis penyampaian pingat bagi acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle pada 4 Ogos 2024. Foto BERNAMA[/caption]

 

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619