ad
AGENDA

Badan beruniform lahir pelajar berdisiplin, persiap jati diri tempuh masa depan

7 Ogos 2024, 8:10 AM
Badan beruniform lahir pelajar berdisiplin, persiap jati diri tempuh masa depan

SHAH ALAM, 7 OGOS: Penyertaan dalam unit beruniform mampu menerapkan disiplin dalam kalangan pelajar sekali gus membolehkan pelbagai kejayaan dicapai, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata badan beruniform yang sekian lama wujud dalam sistem pendidikan juga dapat membentuk pelajar supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Penglibatan aktif dalam badan beruniform di peringkat sekolah bukan hanya untuk mengisi masa lapang tetapi juga dapat memperkukuhkan disiplin, jati diri dan kepimpinan dalam mempersiapkan mereka untuk menempuh masa depan.

“Insya-Allah, saya pasti anak-anak ini akan dapat memanfaatkan penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum dan mengguna pakai kemahiran dipelajari untuk membantu masyarakat serta menyumbang jasa kepada komuniti,” katanya di Facebook.

Semalam beliau merasmikan majlis penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar yang julung kali diadakan melibatkan seramai 5,300 peserta terdiri pelajar, agensi, badan kerajaan serta bukan kerajaan.

Berlangsung di padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah (SMKTIS) dinobat juara keseluruhan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.