AGENDA

Polis tahan pempengaruh wanita disyaki pecah rumah bekas suami

6 Ogos 2024, 3:45 PM
Polis tahan pempengaruh wanita disyaki pecah rumah bekas suami

KOTA BHARU, 6 OGOS: Polis menahan seorang pempengaruh wanita tempatan kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kota Bharu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kejadian berkenaan berlaku pada 11.30 malam, 22 Julai lepas.

Beliau berkata polis menerima satu laporan berhubung kejadian pecah rumah pada 9.47 malam, 4 Ogos lepas daripada bekas suami suspek berkenaan.

"Pengadu menyedari rumahnya dipecah masuk semasa pulang dan mendapati terdapat kesan umpil pada jeriji keselamatan dan pintu cermin hadapan rumah.

"Suspek juga mengaku telah masuk ke dalam rumah pengadu semasa ketiadaannya dan siasatan awal polis mendapati suspek merupakan bekas isteri kepada pengadu terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari bermula hari ini sehingga 11 Ogos depan bagi siasatan lanjut dan mengesan barangan milik pengadu yang hilang.

Kes ini masih di peringkat siasatan dan polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619