AGENSI

LZS, Medkad kerjasama bangun sistem permudah asnaf mohon bantuan perubatan

6 Ogos 2024, 9:30 AM
LZS, Medkad kerjasama bangun sistem permudah asnaf mohon bantuan perubatan

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM, 6 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjalinkan kerjasama dengan syarikat teknologi kesihatan, Medkad Sdn Bhd (Medkad) bagi membangunkan sistem bantuan perubatan elektronik Al-Amal yang dijadual beroperasi sepenuhnya Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata sistem berkenaan bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada borang fizikal malah menjimatkan masa berbanding kaedah manual yang memerlukan tempoh lama untuk diproses.

"Proses permohonan bantuan dapat diselesaikan dalam tempoh tujuh hari berbanding 14 hari sebelum ini serta mengurangkan risiko berlaku kesilapan ketika menyemak dan meluluskan permohonan.

"Dalam masa sama, selepas ini tiada lagi isu keperluan menyedia dan pengesahan sebut harga oleh pihak hospital yang menyukarkan pemohon," katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik (MoA) Inisiatif Digital e-Perubatan di antara LZS dengan Medkad, hari ini.

Bertempat di Hotel Mardhiyyah & Suites di sini, majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perubatan LZS Dato’ Dr Tunku Muzafar Shah Tunku Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif MedKad Ezuan Yaacob.

Mohd Sabirin menambah memaklumkan pihaknya telah membuat persediaan selama enam bulan termasuk pelaksanaan projek rintis mulai November hingga Disember ini melibatkan daerah Petaling.

Katanya, LZS memilih daerah terbabit sebagai memandangkankawasan terbabit mencatat jumlah asnaf paling ramai di Selangor.

Bantuan perubatan LZS merupakan antara bantuan utama asnaf di bawah kategori hajiyyat yang diperuntukan bagi asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin.

Menurut statistik yang dikeluarkan LZS, jumlah bantuan perubatan yang diagihkan pada 2023 mencecah hampir RM51 juta yang memberi manfaat kepada lebih 11,000 asnaf.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619