AGENDA

Raih gangsa Olimpik, MB ucap tahniah kepada Zii Jia

5 Ogos 2024, 2:57 PM
Raih gangsa Olimpik, MB ucap tahniah kepada Zii Jia

SHAH ALAM, 5 OGOS: Dato' Menteri Besar mengucapkan tahniah atas kejayaan Lee Zii Jia memenangi pingat kedua Malaysia di Sukan Olimpik Paris.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata kejayaan itu bakal menjadi pembakar semangat pemain tersebut untuk meraih lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.

"Tahniah Lee Zii Jia untuk pingat kedua Malaysia di Olimpik Paris. Seluruh rakyat Malaysia berterima kasih atas usaha keras anda! Insya-Allah, kemenangan hari ini bakal menjadi titik tolak kepada lebih banyak kecemerlangan di pentas antarabangsa selepas ini," katanya di Facebook.

Zii Jia, pemain ranking ketujuh dunia, meraih pingat gangsa menerusi aksi cemerlang menentang Lakshya Sen dari India, dengan bangkit daripada ketinggalan satu set dengan kemenangan 13-21, 21-16, 21-11 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris.

Ini merupakan pingat kedua buat negara pada Sukan Olimpik Paris 2024, selepas kejayaan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turut menang pingat gangsa, semalam.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619