AGENDA

Bursa Malaysia kekal rendah, tuntutan pengangguran, prestasi lemah pasaran saham AS

5 Ogos 2024, 6:41 AM
Bursa Malaysia kekal rendah, tuntutan pengangguran, prestasi lemah pasaran saham AS

KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini seiring prestasi pasaran serantau menjelang pengumuman Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Bukan Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan tuntutan pengangguran AS Khamis lalu.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 44.38 mata atau 2.75 peratus kepada 1,566.67 daripada 1,611.05 semasa ditutup pada Jumaat.

FBM KLCI dibuka rendah 17.69 mata kepada 1,593.36 - paras tertingginya setakat hari ini - sebelum menyusut kepada 1,563.18 semasa sesi dagangan pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,526 kepada 61 manakala 161 kaunter tidak berubah, 657 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 4.97 bilion unit bernilai RM3.58 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota hari ini berkata banyak tekanan jualan dijangkakan di pasaran tempatan dan menjejaskan sektor teknologi berikutan prestasi lemah pasaran saham AS.

“Bagaimanapun, kami berpandangan fasa pengumpulan adalah dijangkakan untuk sektor pembinaan, bahan binaan, hartanah dan utiliti dalam keadaan pemangkin infrastruktur dan pusat data menjelang musim pelaporan prestasi kewangan pendapatan,” katanya.

Firma pembrokeran itu berkata, peniaga mungkin memburu saham berkaitan emas dengan menjangkakan persekitaran kitaran menurun kadar faedah.

“Selain itu, segmen kewangan mungkin menarik dana asing pada masa ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 18 sen kepada RM10.06, Public Bank berkurangan tujuh sen kepada RM4.21,Tenaga Nasional rendah 60 sen kepada RM13.36, CIMB susut 26 sen kepada RM7.14, dan IHH Healthcare merosot 11 sen kepada RM6.14.

Bagi saham aktif, Pegasus Heights tidak berubah pada satu sen manakala Velesto Energy rendah satu sen kepada 20.5 sen, MyEG berkurangan 8.5 sen kepada 88.5 sen, Hubline susut setengah sen kepada 9.5 sen, dan Jaks Resources rendah 1.5 sen kepada 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 408.44 mata kepada 11,895.06, Indeks FBMT 100 berkurangan 377.01 mata kepada 11,542.94, Indeks FBM Emas Syariah menyusut 461.65 mata kepada 11,986.50, Indeks FBM 70 susut 745.65 mata kepada 17,157.15, dan Indeks FBM ACE berkurangan 298.22 mata kepada 5,172.19.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 180.37 mata kepada 6,963.24, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 8.68 mata kepada 176.82, Indeks Tenaga rendah 43.28 mata kepada 885.87, Indeks Teknologi berkurangan 4.40 mata kepada 66.91, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 408.93 mata kepada 17,822.65.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619