AGENDA

Banjir Hulu Bernam: 143 individu berteduh di pusat pemindahan sementara takat 8 pagi

5 Ogos 2024, 2:32 AM
Banjir Hulu Bernam: 143 individu berteduh di pusat pemindahan sementara takat 8 pagi

SHAH ALAM, 5 OGOS: Seramai 143 individu berteduh di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Sekolah Sungai Selisik, Hulu Selangor setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan data di portal infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat mereka adalah penduduk dari enam kampung di Hulu Bernam yang terjejas akibat banjir kilat petang semalam.

Semalam, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 5.50 petang.

Menurut beliau kawasan terjejas banjir kilat ialah Kampung Sungai Selisik, Kampung Serigala dan Kampung Sungai Nilam.

Turut terjejas ialah Kampung Sekolah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Lebar. Paras kedalaman air adalah setinggi 0.3 meter.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619