EXCO

Cadangan sekat jualan vape kepada pelajar dibawa ke mesyuarat negeri

4 Ogos 2024, 1:00 PM
Cadangan sekat jualan vape kepada pelajar dibawa ke mesyuarat negeri
Cadangan sekat jualan vape kepada pelajar dibawa ke mesyuarat negeri

SHAH ALAM, 4 OGOS: Cadangan menyekat penjualan rokok elektronik (vape) kepada pelajar akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata cadangan itu susulan kejadian seorang pelajar tingkatan empat di Terengganu yang kritikal selepas dikatakan menghisap vape.

“Tiba masanya semua jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan penguat kuasa menyekat penjualan vape ini kepada pelajar. Tindakan menjual vape kepada pelajar tidak menguntungkan mereka dan membantu dalam pembelajaran.

“Banyak tempat meletakkan papan tanda dilarang merokok tetapi penguatkuasaan penjualan perlu diperketatkan. Sebab itu, kita syorkan Kerajaan Selangor teliti semula perkara ini supaya tidak dijadikan amalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan motosikal kepada 200 penerima program BikeCare-1000 di Foyer SUK di sini, hari ini.

[caption id="attachment_656027" align="alignnone" width="830"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu (tengah) bergambar bersama penerima sewaktu penyerahan motosikal bagi Program Bikecare 1000 di Bangunan SUK Shah Alam, Selangor pada 4 Ogos 2024. ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Papparaidu memaklumkan perkara tersebut akan dibincangkan dengan EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin dan EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim.

“Amalan vape ini boleh membawa kepada budaya merokok dan perlu ada tindakan tegas kepada penjual dan pembeli yang menjualnya kepada pelajar.

“Saya akan membincangkan perkara ini bersama dua EXCO berkaitan bagi membantu masyarakat khususnya pelajar-pelajar yang ketagih dengan vape kerana ia boleh merosakkan akademik mereka,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan seorang pelajar tidak sedarkan diri selepas dipercayai menghisap vape di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu.

Mangsa yang berusia 16 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikatakan menghisap rokok elektronik jenis ‘magic mushroom’ secara berlebihan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619