AGENDA

Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatal lagi

3 Ogos 2024, 10:05 AM
Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatal lagi

PARIS, 3 OGOS: Kualiti air Sungai Seine sekali lagi merosot, menghalang latihan untuk acara triatlon berpasukan campuran Sukan Olimpik 2024 di Paris yang dijadualkan pada Isnin.

Hujan baru-baru ini menyebabkan sungai itu tidak selamat untuk atlet berenang, dan semua latihan untuk acara individu juga terpaksa dibatalkan, menurut agensi berita Jerman dpa.

Terdapat kebimbangan besar mengenai acara individu, namun akhirnya ia berlangsung pada Rabu selepas air disahkan selamat untuk atlet berenang pada saat terakhir. Perlumbaan atlet lelaki terpaksa ditangguhkan selama sehari.

Selain triatlon campuran, acara 10 kilometer (km) renang air terbuka untuk lelaki dan wanita juga dijadualkan berlangsung di Sungai Seine minggu depan.

Perancis telah berusaha selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kualiti air Sungai Seine, melabur sekitar €1.4 bilion (US$1.5 bilion) dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menggunakan sungai itu untuk acara Olimpik.

-BERNAMA-dpa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619