AGENDA

Isu alam sekitar, perubahan iklim terangkum dalam dasar negeri

2 Ogos 2024, 12:33 PM
Isu alam sekitar, perubahan iklim terangkum dalam dasar negeri
Isu alam sekitar, perubahan iklim terangkum dalam dasar negeri

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Kelestarian teknologi hijau yang terkandung dalam matlamat pembangunan mampan (SDG) menjadi pasak penting dalam merangka dasar Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Selain menekankan sosial dan tadbir urus, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan SDG berperanan besar dalam menentukan hala tuju negara, termasuk menangani perubahan iklim.

“Seperti perubahan iklim, kesannya boleh dilihat hari ini, tanpa perlu tunggu masa depan. Pada 2021 kita kena banjir besar. Sebelum itu di Kelantan, Pulau Pinang dan Johor.

“Begitu juga pandemik dan epidemik seperti Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) pada 2010, cuma tidak sampai ke kita. Puncanya sebab ejen pembawa aktif macam lalat, nyamuk disebabkan cuaca.

[caption id="attachment_655633" align="alignright" width="453"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap ketika program bual bicara bersama Dato' Menteri Besar di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kuala Lumpur pada 2 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Jadi, isu alam sekitar ini wajar diketengahkan sebab kita mahu urus kehidupan rakyat. Isu alam sekitar ini bukan hanya sensasi tetapi realiti yang perlu dihadapi dan diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bual bicara bertajuk Ekonomi Madani: Pengalaman Selangor Untuk Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), di sini hari ini.

Minggu lalu, Amirudin berkata industri tenaga giat dibangunkan bagi menangani perubahan iklim yang mengancam global, termasuk mengarah agensi negeri membuat perancangan inovasi berkaitan.

Beliau menjelaskan Kerajaan Negeri turut aktif meneroka industri berkenaan sebagai usaha memacu ekonomi, seiring usaha mampan melestarikan alam sekitar.

Usaha dilakukan seperti pembinaan loji jana kuasa di Pulau Indah, stesen mini hidroelektrik di Batang Kali, serta pembinaan loji sisa kepada tenaga (WTE) di Jeram.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619