ADN

Isi rumah bawah RM5,000 di DUN Taman Templer dipelawa mohon BINGKAS

2 Ogos 2024, 1:00 AM
Isi rumah bawah RM5,000 di DUN Taman Templer dipelawa mohon BINGKAS
Isi rumah bawah RM5,000 di DUN Taman Templer dipelawa mohon BINGKAS

GOMBAK, 2 OGOS: Isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer dipelawa memohon Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Wakil rakyatnya Anfaal Saari berkata bantuan RM3,600 setahun itu boleh dimohon sehingga 15 Ogos menerusi laman sesawang www.bingkasselangor.com.

[caption id="attachment_655499" align="aligncenter" width="803"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari ditemui pemberita selepas merasmikan program Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak 2024 di SMK Darul Ehsan, Gombak pada 1 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Setakat ini di 475 penduduk DUN Taman Templer telah memohon dan masih ada kuota kekosongan, kita amat mengalu-alukan permohonan boleh dibuat secara dalam talian.

“Selepas 15 Ogos ini kita minta pemohon membuat semakan menerusi aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) untuk menyemak status permohonan,” katanya ketika ditemui dalam satu program di sini semalam.

Inisiatif BINGKAS menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) merupakan skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) membabitkan peruntukan RM108 juta.

Menerusinya, setiap keluarga yang layak akan menerima bantuan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun dan bayaran diagihkan menerusi aplikasi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.

Pentadbiran negeri menetapkan 16 barangan asas yang boleh dibeli penerima BINGKAS antaranya beras, daging, ayam, ikan, sayur, telur, kicap, mi, bihun, tepung, roti, rempah ratus, garam, gula, sos, kicap dan minyak masak.

Bagi memastikan lebih ramai keluarga memerlukan menerima manfaat, Kerajaan Negeri pada 5 Julai lalu melonggarkan syarat permohonan BINGKAS kepada isi rumah bawah RM5,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619