AGENDA

Olimpik Paris: Pengadil Australia disingkir selepas foto bersama atlet luncur tular

2 Ogos 2024, 12:56 AM
Olimpik Paris: Pengadil Australia disingkir selepas foto bersama atlet luncur tular

PARIS, 2 OGOS: Pengadil Australia Benjamin Lowe disingkir daripada pertandingan luncur air Sukan Olimpik Paris selepas gambar beliau bersama peluncur negara itu Ethan Ewing, tular dalam media sosial.

Persatuan Luncur Air Antarabangsa (ISA) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan pihaknya menggantung Lowe daripada panel pengadilan bagi baki acara itu untuk "melindungi integriti dan keadilan pertandingan yang sedang berlangsung", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut laporan media, jurulatih Australia Bede Durbidge yang turut berada dalam foto berkenaan, memuat naik gambar itu dalam akaun Instagram miliknya.

Lowe dikritik hebat oleh persekutuan luncur air Brazil selepas Sukan Tokyo 2020 kerana memberi markah rendah kepada Gabriel Medina dalam pusingan separuh akhir menentang peluncur Jepun, Kanoa Igarashi.

-- BERNAMA-dpa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619