AGENDA

240 kaunselor sedia berkhidmat pada SUKMA, Para SUKMA 2024

1 Ogos 2024, 11:11 AM
240 kaunselor sedia berkhidmat pada SUKMA, Para SUKMA 2024

KUCHING, 1 OGOS: Sebanyak 240 petugas kaunselor Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dan Para SUKMA sedia memberi perkhidmatan terbaik sepanjang temasya sukan itu berlangsung.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dalam kenyataannya memaklumkan kesemua petugas berkenaan telah menjalani latihan Program Pemerkasaan Petugas Kaunselor di Wisma Wanita di sini.

Menurut kenyataan itu antara topik yang ditekankan semasa latihan tersebut adalah Peranan Petugas Kaunselor dan Bantuan Kecemasan Psikologi kepada atlet.

“Sebanyak 160 petugas kaunselor SUKMA 2024 dan 80 petugas kaunselor Para SUKMA telah dilantik bagi memastikan kesejahteraan emosi dan mental atlet terjamin sepanjang temasya sukan ini.

“Petugas kaunselor yang dilantik akan ditempatkan di pusat sehenti bagi memudahkan atlet mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kebajikan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan semua petugas kaunselor berkenaan akan mengguna pakai garis panduan yang telah disediakan.

Program pemerkasaan itu turut melibatkan dua pegawai daripada Perbadanan Sukan Sarawak iaitu Chong Siew Kian dan Rejina Gasin serta pensyarah daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak Profesor Madya Dr Amalia Madihie selaku penceramah.

SUKMA 2024 yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini, melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri .

Temasya kali ini mengetengahkan 37 jenis sukan melibatkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619