AGENDA

Dua petugas media Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

1 Ogos 2024, 2:20 AM
Dua petugas media Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

BANDARAYA GAZA, 1 OGOS: Dua petugas media televisyen Qatar Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel di sini pada Rabu.

Agensi Anadolu melaporkan penyiar yang berpangkalan di Doha itu menyatakan bahawa wartawan Ismail al-Ghoul dan jurukameranya Rami al-Rifi terkorban dalam serangan yang menyasarkan sebuah kereta berhampiran kawasan Aidia di barat bandar raya itu.

Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata kematian baharu ini menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza mencecah 165 orang sejak 7 Oktober 2023, katanya.

Dalam satu kenyataan, pejabat media itu menyeru masyarakat antarabangsa dan organisasi media “untuk menghalang pendudukan (Israel) dan mendakwa mereka di mahkamah antarabangsa atas jenayah berterusan mereka, dan mendesak mereka menghentikan jenayah genosid serta menghentikan pembunuhan wartawan Palestin."

Sekurang-kurangnya 39,445 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 91,000 cedera dalam serangan kejam berterusan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619