AGENDA

Masjid seliaan Jakim adakan solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini

1 Ogos 2024, 1:57 AM
Masjid seliaan Jakim adakan solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini

PUTRAJAYA, 1 OGOS: Masjid seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh, malam ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata solat jenazah ghaib untuk Haniyeh yang syahid dalam serangan di Iran semalam, akan diadakan selepas solat maghrib.

"Jakim menjemput orang ramai hadir beramai-ramai bagi menunaikan solat jenazah ghaib tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis Israel," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkata Jakim amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Haniyeh.

"Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin.

"Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan golongan yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Hamas mengumumkan awal Rabu bahawa Haniyeh yang juga Ketua Biro Politik Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, Iran, menurut laporan media antarabangsa.

Televisyen kerajaan Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan ke atas pembunuhan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan tidak lama lagi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619