AGENDA

Dua lelaki ditahan, pukul wanita hingga parah dengan topi keledar

31 Jul 2024, 11:06 AM
Dua lelaki ditahan, pukul wanita hingga parah dengan topi keledar

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Dua lelaki ditahan disyaki memukul seorang wanita dan memandu secara berbahaya dengan melanggar beberapa kenderaan lain di Batu 9, Cheras di sini, Ahad lalu seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata siasatan mendapati kenderaan itu digunakan suspek untuk melarikan diri selepas memukul seorang wanita berusia 29 tahun sehingga cedera parah menggunakan topi keledar di Taman Saujana Impian di sini.

“Kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah masing-masing 12 dan 22 rekod,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Naazron berkata motif kejadian masih dalam siasatan polis.

Terdahulu, tular di media sosial dua video memaparkan kereta jenis Honda City putih dipandu dalam keadaan berbahaya sebelum melanggar beberapa kenderaan lain.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619