AGENDA

85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

31 Jul 2024, 2:08 AM
85 pesakit dari Gaza dipindahkan ke UAE untuk terima rawatan

GENEVA, 31 JULAI: Seramai 85 pesakit kritikal dan cedera dari Semenanjung Gaza telah dipindahkan ke Abu Dhabi pada Selasa untuk menerima rawatan dalam operasi bersama berskala besar, lapor Xinhua.

Dibantu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama kerajaan UAE dan rakan kongsi lain, pemindahan itu menandakan operasi terbesar seumpamanya sejak Oktober 2023.

Pesakit yang terdiri daripada 35 kanak-kanak dan 50 orang dewasa itu dipindahkan dari Gaza melalui lintasan Kerem Shalom ke Lapangan Terbang Ramon di Israel.

Pengarah Serantau WHO bagi Mediterranean Timur, Hanan Balkhy memuji usaha UAE dengan berkata: "Saya amat berterima kasih kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana memindahkan pesakit dari Gaza dan memberikan mereka rawatan."

- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619