AGENSI

Riuh Rewang medan PKPS promosi makanan tradisi, barangan jenama Ehsan

28 Jul 2024, 6:00 AM
Riuh Rewang medan PKPS promosi makanan tradisi, barangan jenama Ehsan
Riuh Rewang medan PKPS promosi makanan tradisi, barangan jenama Ehsan
Riuh Rewang medan PKPS promosi makanan tradisi, barangan jenama Ehsan
Riuh Rewang medan PKPS promosi makanan tradisi, barangan jenama Ehsan
Riuh Rewang medan PKPS promosi makanan tradisi, barangan jenama Ehsan

SHAH ALAM, 28 JULAI: Penganjuran program Riuh Rewang oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Karnival Rakyat Karangkraf di sini sebahagian usaha mempromosi makanan tradisi.

Pengurus Komunikasi Strategik PKPS Noor Azreena Abdul Azizi berkata menerusi program itu pelbagai hidangan tradisi dimasak antaranya nasi kenduri dan ayam ungkep (masakan jawa).

[caption id="attachment_654763" align="aligncenter" width="802"] Pengurus Komunikasi Strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Noor Azreena Abdul Azizi. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Pada masa kini, masyarakat terlalu dihidangkan dengan makanan cepat saji (fast food) dan ramai khususnya golongan muda tidak tahu sajian tradisi.

“Oleh itu kita anjurkan program Riuh Rewang yang disertai 10 kumpulan akan menyajikan sajian utama dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada pengunjung,” katanya ditemui pada program tersebut.

[caption id="attachment_654770" align="aligncenter" width="760"] Orang ramai menyertai pertandingan memasak dalam Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurut Noor Azreena, setiap kumpulan yang menyertai Riuh Rewang turut dibekalkan barangan jenama Ehsan sekali gus mempromosikan produk PKPS itu kepada pengunjung.

“PKPS kini banyak produk Ehsan sama ada bahan basah atau kering. Kita mahu beritahu masyarakat bahawa PKPS bukan sahaja mempunyai projek pertanian tetapi turut mengeluarkan produk tersendiri, ” katanya.

PKPS merupakan agensi di bawah Kerajaan Negeri dan berperanan membangunkan industri pertanian untuk mempercepatkan keadaan sosioekonomi Selangor.

[caption id="attachment_654761" align="aligncenter" width="810"] Orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah sempena Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_654760" align="aligncenter" width="801"] Pengunjung membeli pelbagai jenis buah tempatan ketika mengunjungi Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama PKPS di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619