AGENDA

Penganjur Olimpik Paris mohon maaf labelkan Korea Selatan sebagai Korea Utara

27 Jul 2024, 11:37 AM
Penganjur Olimpik Paris mohon maaf labelkan Korea Selatan sebagai Korea Utara

PARIS/SEOUL, 27 JULAI: Penganjur Sukan Olimpik Paris memohon maaf kepada Korea Selatan selepas delegasi mereka dilabelkan sebagai Republik Rakyat Demokratik Korea dalam siaran televisyen semasa majlis pembukaan temasya sukan itu pada Jumaat di Sungai Seine, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Republik Rakyat Demokratik Korea adalah nama rasmi Korea Utara. Kedua-dua Korea telah terpisah sejak Perang Korea (1950-53). Kedua-dua negara dipisahkan oleh zon bebas tentera dan perjanjian damai bersama tidak pernah ditandatangani.

“Kami memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dalam memperkenalkan atlet Korea semasa siaran majlis pembukaan,” kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di akaun X Korea Selatan pada Sabtu.

Korea Selatan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap insiden berkenaan.

Menurut Kementerian Sukan di Seoul, satu pertemuan dengan Ketua IOC Thomas Bach sedang diusahakan. Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Korea Selatan juga mengumumkan bahawa mereka akan menghantar surat bantahan kepada IOC untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

- BERNAMA-dpa

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619