SELANGOR

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Batang Kali

24 Jul 2024, 2:02 PM
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Batang Kali

KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali Nurul Aishah Farhana Azni yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata laporan mengenai kehilangan Nurul Aishah Farhana dibuat oleh bapa mangsa pada 12.42 tengah hari tadi di Balai Polis Batang Kali.

“Nurul Aishah Farhana dipercayai dilihat kali terakhir di Kedai Makan Sakon Thai, Jalan Mahagoni 7/1A Bandar Utama Batang Kali, Selangor pada 9.30 malam semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata Nurul Aishah Farhana berkulit cerah dengan ketinggian antara 150 hingga 155 sentimeter serta anggaran berat 50 hingga 55 kilogram.

Remaja itu kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna biru gelap, berlengan panjang, berseluar hitam dan memakai sandal berwarna coklat cerah serta bertudung hitam.

“Polis menyeru orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai remaja ini supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat jenayah Insp Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222 dan talian Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di 03-60641223,” katanya.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619