AGENDA

Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Julai

24 Jul 2024, 9:38 AM
Harga petrol, diesel kekal hingga 31 Julai

KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 25 hingga 31 Julai ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

Kenyataan itu menyebut kadar berkenaan ditetapkan berdasarkan harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619