PBT

MBSA Blue Pelican juara kejohanan ragbi 10s Piala Datuk Bandar Shah Alam

23 Jul 2024, 6:30 AM
MBSA Blue Pelican juara kejohanan ragbi 10s Piala Datuk Bandar Shah Alam

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pasukan MBSA Blue Pelican menjuarai Piala Datuk Bandar Shah Alam selepas membenam BMMB Bullets 5-0 pada Kejohanan Ragbi MBSA-UiTM 10s, kelmarin.

Pengarah korporat dan perhubungan awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata pasukan itu membawa hadiah wang tunai RM5000.00 beserta piala dan medal.

"Satu pencapaian yang memberangsangkan sekali gus meningkatkan imej MBSA selain kejohanan ini juga sejajar dengan usaha MBSA menjadikan Shah Alam sebagai Bandar Raya Sukan.

"Kejohanan ini merupakan inisiatif MBSA untuk mengenalpasti dan melahirkan atlet yang berbakat dan berkebolehan untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan antarabangsa," kata Mohd Azhar Mohd Sharif dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, sesi penyampaian hadiah disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Berlangsung Padang Ragbi Arena 1, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, kejohanan anjuran MBSA dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) disertai 20 pasukan daripada seluruh negara termasuklah Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Sebelum ini, MBSA Blue Pelican pernah menjuarai beberapa kejohanan antaranya Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA 2024), kejohanan Jumbo 7s 2023, kejohanan Tuah 10s Melaka 2023, Melaka dan kejohanan Balik Pulau 10s 2023.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619