AGENDA

Pesta buku kanak-kanak bermula esok di Kompleks PKNS Shah Alam

23 Jul 2024, 2:00 AM
Pesta buku kanak-kanak bermula esok di Kompleks PKNS Shah Alam
Pesta buku kanak-kanak bermula esok di Kompleks PKNS Shah Alam
Pesta buku kanak-kanak bermula esok di Kompleks PKNS Shah Alam

SHAH ALAM, 23 JULAI: Orang ramai dipelawa memeriahkan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor bertempat di Kompleks PKNS di sini, bermula 24 hingga 28 Julai.

Acara dari 10 pagi hingga 10 malam anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu menawarkan pelbagai jenis buku dengan diskaun menarik selain dimeriahkan aktiviti untuk seisi keluarga.

“Tanda kalendar anda dan bersedia untuk jadual yang padat dengan aktiviti, persembahan menarik dan cabutan bertuah RM500 kepada 20 pemenang setiap hari. Datang beramai-ramai ya!,” maklum PPAS di Facebook.

Pada 13 Julai, Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad berkata lebih 100,000 pengunjung disasar hadir ke Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor.

Beliau memaklumkan pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya bengkel melukis dan menghasilkan komik daripada tenaga pengajar berpengalaman termasuk sesi bual bicara bersama ilustrator dan penulis buku.

Pesta buku itu juga menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 sepanjang lima hari berlangsung.

Selangor julung kali menganjurkan pesta buku kanak-kanak pada Julai tahun lepas bagi menggalakkan budaya membaca selain pengembangan industri.

Negeri ini juga sejak 16 tahun lalu turut mengadakan Pesta Buku Selangor yang dijenamakan sebagai Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) mulai 2022.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619