AGENDA

Wanita ditahan dera anak tiri umur 9 tahun, kurung tanpa beri makan

21 Jul 2024, 2:00 PM
Wanita ditahan dera anak tiri umur 9 tahun, kurung tanpa beri makan

KOTA BHARU, 21 JULAI: Polis menahan seorang wanita semalam kerana disyaki mendera anak lelaki tirinya berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Taman Yik Perdana, Kok Lanas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata polis menerima laporan kejadian daripada bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 30-an pada Khamis lepas.

Beliau berkata anak sulung berkenaan dipercayai didera sejak 10 Julai lepas semasa bapa mangsa berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

“Bapa mangsa hanya mengetahui anaknya didera ketika pulang ke rumah pada 12 Julai apabila melihat terdapat kesan lebam di bahagian kepala, lengan dan mata kanak-kanak itu.

“Hasil siasatan mempercayai mangsa yang merupakan murid sebuah sekolah rendah di Kok Lanas telah dibawa ke bilik air dan suspek turut menghentakkan kepala mangsa ke dinding serta menyepak kedua-dua belah tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata selain itu, mangsa juga telah dikurung di dalam tandas hingga keesokan hari tanpa diberi makan dan minum.

Wanita berkenaan, katanya direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619